Terma dan Syarat
-
Pelanggan perlu membayar RM100 deposit sebagai syarat pendaftaran dan penerimaan pakej fotografi, 70 % setelah selesai sesi photoshoot dan 30% baki lagi semasa mendapatkan album kelak.
-
Resit pembayaran deposit akan dikeluarkan sebagai bukti pembayaran pendahuluan pakej.
-
Pelanggan harus menjelaskan baki bayaran untuk mendapat ke semua barang-barang yang termaktub di dalam pakej yang di ambil.
-
Barangan yang dijual tidak akan dikembalikan.
-
Album perkahwinan akan disiapkan dalam tempoh 1-3 bulan selepas dari tarikh perkahwinan.
-
Sekiranya pelanggan membatalkan tempahan fotografi dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran tempahan, deposit penuh akan dipulangkan semula kepada pelanggan. Bayaran deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pelangan membuat pembatalan tempahan fotografi selepas tempoh 14 hari berkenaan.
-
Pembayaran boleh dibuat secara tunai / bank-in (slip pembayaran haruslah diemel kepada shajcreative@gmail.com sebagai bukti pembayaran).
-
Pembayaran secara bank-in/melalui cek perlu dibuat menerusi akaun Maybank2U (1621 0652 4638) atas nama Saiful Haizad Ahamad Jainid.
-
Semua koleksi pengambaran perkahwinan adalah hak milik SHAJ CREATIVE.
-
SHAJ CREATIVE berhak menggunakan koleksi gambar yang di ambil bagi tujuan promosi. Tiada sebarang bayaran royalti kepada pelanggan ke atas gambar yang dipilih bagi tujuan pengiklanan.
-
SHAJ CREATIVE tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan gambar, salah guna gambar oleh pihak kedua atau ketiga dan apa juga cara yang boleh menjatuhkan kredibiliti SHAJ CREATIVE.